Tuesday, July 7, 2009

ELEMEN-ELEMEN BESTARI


1. CIRI-CIRI PELAJAR


GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN.

1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran ?

Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman.

2. Nyatakan dua model gaya pembelajaran?

· Model Dunn dan Dunn
· Model VAK

3. Terangkan secara ringkas model Dunn dan Dunn

` Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:

· Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)
· Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual waktu).
· Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai cara.
· Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan, waktu, gerakan.
· Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanan- suka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsive- bertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak)

4. Terangkan secara ringkas model VAK.

· Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.
· Audio: belajar lebih baik dengan mendengar.
· Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/ hands-on.





KECERDASAN PELBAGAI

Apakah itu Kecerdasan Pelbagai?

Kecerdasan pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983) bahawa manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.

Namakan dan nyatakan secara ringkas ciri-ciri setiap jenis Kecerdasan Pelbagai

· Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa
· Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan
· Visual-ruang - berkaitan dengan ruang + visualisasi
· Kinestetik - berkaitan dengan pergerakan badan
· Muzik - berkaitan dengan ritma dan melodi
· Interpersonal - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang
lain
· Intrapersonal - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam
dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri
sendiri.
· Naturalis - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam
semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

3. Bagaimana mengenalpasti kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar?

· Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar
· Aktiviti murid semasa lapang
· Laporan prestasi murid
· Profil Kecerdasan Murid
· Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults-
MICA)


KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCY)

1. Apakah itu EIC?

Emosi: perasaan; Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan orang lain. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan emosi sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif.

2. Lengkapkan pernyataan yang berikut:


EIC: menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi
Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri)
Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan)
Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri)

Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain – Kompetensi Sosial
Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang lain)
Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada orang lain)


No comments:

Post a Comment